Tentang Saya

Assalamualaikum wbt.

Salam perkenalan buat semua teman-teman yang mengikuti blog saya ini. Alhamdulillah, banyak sangat cabaran yang dihadapi untuk menyediakan blog ini. Walaupun bekerja sepenuh masa, tapi saya cuba untuk luangkan sedikit masa untuk mengemaskini blog ini.

Sedikit coretan tentang diri saya. Nama sebenar SITI KARTINI BT HJ HAMZAH. Saya telah mendirikan rumahtangga bersama insan yang dicintai, MOHD ZAIK B YACOB pada 25 Disember 2008. Hasil perkongsian hidup kami, Allah s.w.t telah menganugerahkan dua (2) orang putera yang bernama Muhammad Aqeef Zahiruddin bin Mohd Zaik yang dilahirkan pada 16 Ogos 2010 manakala Muhammad Asyraf Rizqullah bin Mohd Zaik dilahirkan pada 3 Julai 2013.

Putera sulong : Muhammad Aqeef Zahiruddin bin Mohd Zaik
3 tahun 4 bulan
 
Putera kedua : Muhammad Asyraf Rizqullah bin Mohd Zaik
5 bulan

Pic :Abang dan Adik
 
 
Saya mengenal produk Shaklee semasa mengandungkan anak yang kedua semasa kandungan berusia 8 bulan.Pada masa itu, saya tercari-cari set berpantang untuk digunakan semasa tempoh berpantang nanti. Kebetulan ternampak promo di Facebook mengenai set pantang Shaklee.Jadi, saya cuba search tentang produk supplement yang bersesuaian dan bagus untuk digunakan. Setelah seharian menerokai produk Shaklee, maka saya buat keputusan untuk membeli set pantang Shaklee daripada seorang kenalan Facebook. Pengalaman saya menggunakan set pantang Shaklee sangat berpuashati. Pengeluaran air susu meriah, badan sentiasa segar, tidak letih dan lesu, tidur cukup dan paling menggembirakan baby kekenyangan setelah menyusu. Hari demi hari menghabiskan tempoh berpantang dengan supplement Shaklee begitu menyeronokkan. Baby membesar dengan baik sekali. Hati ini tertanya-tanya kenapalah saya tidak kenal produk Shaklee semasa mengandungkan anak yang pertama dulu..?
 
Sekarang, walaupun tempoh berpantang telah tamat tetapi saya masih menggunakan produk Shaklee. Bagi ibu berkerjaya seperti saya, supplement adalah perlu untuk saya bagi penyediaan stok air susu untuk si kecil. Matlamat saya untuk memberi susu badan sehinggakan baby berusia 2 tahun. Niat untuk makan sendiri tetapi apabila ramai saudara bertanya tentang produk ini, terlintas di hati kecil ini "mengapa tidak saya masuk ahli dan promosi jualan kepada saudara dan rakan-rakan sekerja".
Alhamdulillah, saya makan untuk diri sendiri dan juga bantu kawan-kawan untuk kesihatan yang lebih baik.
 
Akhirnya, besarlah harapan agar blog yang diwujudkan ini dapat juga membantu teman-teman yang dekat dan jauh untuk sama-sama mengenali dan mengamalkan makanana supplement kesihatan Shaklee untuk memberi kesihatan yang lebih baik.
 
Salam sayang dari saya,
 
Tini

 

No comments:

Post a Comment