Sunday 1 December 2013

Outstation ke Bidor

Kali ni perlu keluar stesen lagi. Penat balik dari Kedah masih belum hilang tetapi perlu travel jauh lagi.Terasa letih yang teramat sangat.Kali ni dua orang anakku dibawa bersama.Oleh kerana ibu tidak boleh turut serta kerana akan ke Kuala Lumpur pada 4hb Dis 2014, terpaksalah membawa ibu saudara, adik sepupu dan adik bongsu bersama. Perjalanan dari Tanah Merah ke Bidor mengambil masa selama 7jam 15min. Terasa kepenatan apabila terpaksa membawa kereta sendiri. Nasib baik anak kecilku tidak meragam dan si abang berkelakuan biasa sahaja. Tergambar perasaan seronok di wajahnya setiap kali menaiki kereta.

No comments:

Post a Comment